fbpx

Kim Ji-ho cari ‘rumah’ baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JI-HO

BEKAS anggota kumpulan Oh My Girl iaitu Kim Ji-ho dikhabarkan sedang mencari agensi baharu setelah menamatkan kontrak eksklusif dengan syarikat pengurusan terdahulu, WM Entertainment.

Baru-baru ini, sebuah agensi ternama yang mengadakan perbincangan bersama Ji-ho, P&S Studio menerusi satu kenyataan mengesahkan ada bertemu dengan penyanyi itu.

“Memang benar kami ada mengadakan pertemuan dengan Ji-ho. Kami berbincang secara mendalam mengenai tawaran yang diberikan kepadanya ketika pertemuan berkenaan diadakan,” tulis mereka.

Sekadar rekod, P&Studio sebuah agensi yang turut menguruskan pelakon popular Park Hyung-sik dan Sung Yu-bin.

Terdahulu, Ji-ho meninggalkan pasukannya sekali gus menamatkan kontrak WM Entertainment sekitar hujung April lalu.

Oh My Girl dianggotai enam ahli iaitu Hyo-jeong, Mimi, Yoo-A, Seung-hee, Yu-bin dan Arin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI