fbpx

20 maut disambar petir di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beratus-ratus orang dilaporkan meninggal dunia di India setiap tahun akibat dipanah petir ketika musim hujan monsun. – Getty Images

NEW DELHI – Panahan petir membunuh 20 penduduk di lapan buah daerah di negeri Bihar, timur India dalam tempoh  hanya 24 jam, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Lebih banyak kejadian ribut petir dan kilat diramal melanda bahagian utara negeri itu semalam dan hari ini.

Justeru,  Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar meminta orang ramai supaya mematuhi arahan yang  dikeluarkan pihak berkuasa pengurusan bencana negeri.

Selasa lalu, Nitish mengumumkan pampasan berjumlah AS$5,008 (RM22,312) kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban akibat dipanah petir.

Beliau turut mengadakan mesyuarat pada minggu lalu dan  mengarahkan pegawai-pegawai untuk memasang alat perangkap kilat di semua bangunan kerajaan termasuk sekolah serta hospital, lapor akhbar Times of India. 

Menurut laporan  sama, kedudukan geografi negeri Bihar menjadikannya sangat terdedah kepada kejadian panahan petir ketika musim hujan.

Beratus-ratus orang dilaporkan meninggal dunia di India setiap tahun akibat dipanah petir semasa  musim hujan monsun.

Satu daripada penyebab kepada kematian besar  tersebut adalah ramai penduduk  India  bekerja di luar bangunan berbanding mana-mana negara lain di dunia  sekali gus menjadikan mereka terdedah kepada bahaya.

Satu kajian yang dilakukan badan bukan berasaskan keuntungan, Majlis Promosi Sistem Pemerhatian Ketahanan Iklim sebelum ini mendapati  India merekodkan lebih 18 juta panahan petir antara April 2020 hingga Mac 2021.

Angka itu meningkat 34 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI