fbpx

Kos tertinggi video muzik Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK

RAMAI sudah mengetahui kumpulan fenomena Blackpink bakal kembali mendominasi dunia K-pop tidak lama lagi menerusi kemunculan semula mereka tidak lama lagi.

Sebelum ini, agensi mereka, YG Entertainment ada mengesahkan bahawa Blackpink bakal membuat kemunculan semula selepas hampir dua tahun tidak mempunyai sebarang buah tangan buat peminat.

Terbaharu, mereka turut mengumumkan bahawa Blackpink baharu sahaja tamat penggambaran untuk muzik video (MV) untuk sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaharu mereka.

Bukan itu sahaja, YG Entertainment turut mendedahkan kos pembikinan video muzik tersebut menelan perbelanjaan paling tinggi yang terpaksa dilaburkan untuk projek mega berkenaan.

“Blackpink kini sedang dalam proses menjalani penggambaran MV mereka. Kos pembikinan tertinggi sudah dilaburkan untuk tujuan tersebut.

Terdahulu, Blackpink mengumumkan konsert jelajah terbesar dunia di beberapa negara, termasuk Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada Mac tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI