fbpx

Wanita lumpuh hanya minum susu sejak bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Siti Habsah yang terlantar di rumahnya di Taman Kerayong Emas, Bera semalam.

BERA – Seorang wanita hanya bergantung pada susu khas sebagai sumber makanan bagi meneruskan kehidupan selepas lumpuh separuh badan bulan lalu.

Malah Siti Habsah Aziz, 39, tidak mampu berbuat sebarang kerja dan hanya terlantar di ruang tamu rumahnya di Taman Ke­rayong Emas di sini.

Kehidupannya berubah selepas dia terjatuh di hadapan rumah ketika mahu mengambil anaknya Mohd. Da­nish Rayyan Abdullah, 11, pulang dari sekolah.

“Saya tidak sanggup berba­ring macam ini sahaja. Saya hendak sihat, hendak kerja macam biasa,” kata Siti Habsah yang sebelum ini bekerja di kedai makan dan melakukan pelbagai kerja kampung.

Wanita itu kini bergantung bantuan anak sulungnya, Muhammad Farith Daniel Abdullah, 22, pekerja Alam Flora yang terpaksa mengambil cuti untuk menjaganya setiap masa.

Menurut Muhammad Farith, selepas kejadian ibunya terjatuh, wanita itu hanya terlantar di rumah dan memerlukan rawatan susulan di hospital.

“Sekarang ini ibu memang terbaring sejak jatuh, walaupun ada menerima rawatan, tetapi kea­daan ibu belum betul-betul sihat.

“Pak cik ada datang tolong urut tangan dan kaki ibu sebab dia macam kena strok, badan sebelah kiri tidak boleh gerak dan lepas urut jari-jari sudah boleh gerak sikit-sikit,” katanya.

Muhammad Farith membe­ritahu, selain bergantung sepenuhnya dengan minuman susu sebagai sumber makanan, ibunya juga memerlukan lampin pakai buang memandangkan tidak mampu bergerak sendiri.

Ujarnya, ibunya perlu minum susu sebanyak enam kali sehari dengan satu tin susu seberat 400 gram yang berharga hampir RM80 mampu bertahan selama tiga hari sahaja.

“Ibu pun bukan boleh cakap sangat sebab doktor pasang tiub dalam mulut bagi memudahkan minum susu, ibu ada ken­cing manis dan darah tinggi, Jadi memang memerlukan perhatian sepenuhnya daripada kami adik-beradik.

“Sebab itu, saya terpaksa cuti, dan mungkin selepas ini kena sambung cuti lagi bergantung kepada keadaan ibu. Kalau tidak kerja nanti, macam mana hendak tanggung semuanya, rumah perlu bayar sewa, adik pun sekolah lagi,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 019-673 2134 atau me­nyalurkan sumbangan melalui akaun Ambank 8881040904383 (Muhammad Farith) .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI