fbpx

Malaysia-Indonesia setuju integrasikan sistem pengambilan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mengintegrasikan sistem sedia ada antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) bagi pengambilan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, integrasi sistem itu akan berperanan sebagai saluran tunggal pengambilan serta kemasukan PDI ke Malaysia dan akan beroperasi dalam masa tiga minggu lagi di bawah pengawalseliaan Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Indonesia.

“Bagi memastikan sistem saluran tunggal ini beroperasi dengan lancar, satu projek rintis akan dilaksanakan bagi tempoh tiga bulan sebaik integrasi sistem selesai.

“Oleh yang demikian, pihak Indonesia bersetuju untuk menarik kembali sekatan kemasukan PDI dan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) ke Malaysia bermula 1 Ogos 2022,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Saravanan, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Malaysia-Indonesia sebagaimana digariskan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung PDI yang telah bersidang semalam.

“Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu berkaitan dengan dasar dan teknikal dalam pelaksanaan MoU PDI yang telah ditandatangani pada 1 April lalu.

“Susulan mesyuarat itu, saya dan Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah turut membincangkan isu pemerdagangan orang termasuk buruh paksa dan kami komited untuk meneruskan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan dan memperkasakan hubungan dua hala antara Malaysia-Indonesia bagi menangani isu ini,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Saravanan turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Republik Indonesia terutama Menteri Ketenagakerjaan dan pegawai-pegawai Kementerian Ketenagakerjaan, serta Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia di atas kerjasama berterusan dalam pelaksanaan MoU PDI tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI