fbpx

Penduduk bimbang bencana lebih teruk di Sik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi akan mengakibatkan bencana alam berulang di Sik.

SUNGAI PETANI – Aktiviti pembalakan dan ladang di kawasan Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi dan Kompleks Hutan Simpan Ulu Muda dikhuatiri akan menyebabkan kejadian kepala air dan banjir kilat di Sik berulang.

Ketika menyuarakan kebimbangan itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Alam Sekitar Malaysia (Rakan Alam), Zikrullah Ismail berkata, aktiviti yang tidak terkawal mengundang ancaman bencana alam di perkampu­ngan berhampiran di situ.

Katanya, kawasan hutan itu berada di bawah kriteria Kawasan Sensitif Alam Sekitar tahap kedua iaitu kawasan berkontur 300 hingga 1,000 meter mengikut Dasar 18 Rancangan Fizikal Negara.

“Pada tahap itu, tiada pembangunan atau pertanian yang boleh dilakukan di situ.

“Hanya pembalakan mampan iaitu pilih pokok yang matang sahaja untuk dibuang serta pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan,” katanya di sini semalam.

Bagaimanapun menurut Zikrullah, pihaknya bimbang bencana alam seperti kepala air dengan impak semakin teruk lebih mudah berlaku sekiranya aktiviti itu masih diteruskan.

Tambahnya, pihak berwajib diharapkan dapat merujuk dan mengikut semula garis panduan yang ditetapkan sebelum ini selain menambah baik garis panduan tersebut supaya lebih bersifat kalis perubahan iklim.

“Selain itu, kita perlu ada pe­nguatkuasaan yang bersepadu supaya tidak berlaku situa­si saling menuding jari apabila sesuatu bencana berlaku,” ujar­nya.

Semalam Kosmo! melaporkan penduduk kampung berdekatan hutan simpan itu semakin sukar untuk melelapkan mata setiap kali hujan lebat kerana bimbang berlakunya kejadian kepala air yang boleh menjejaskan rumah mereka.

Lebih membimbangkan mereka apabila hujan lebat berlaku pada waktu malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI