fbpx

Mak Wan mengaku tidak bersalah ludah bekas pembantu peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mak Wan Latah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas pertuduhan meludah pembantu peribadinya dalam kejadian di Batu Kurau, bulan lalu.

TAIPING – Pelakon veteran, Mak Wan Latah dihadapkan ke Mahkamah Majistret sini hari ini atas pertuduhan meludah bekas pembantu peribadinya dalam kejadian di Batu Kurau, bulan lalu.

Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur’Atiqah Sapari.

Mengikut pertuduhan, Mak Wan dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau pada pukul 7 petang, 24 Jun 2022.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khoo Thean Heng manakala tertuduh diwakili peguam, T. Selvadoray daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Majistret Nur’Atiqah membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 September 2022 untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI