fbpx

Ramai terkilan lihat pakcik ditipu RM3,000 menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki meminta bantuan di Kosas Ampang baru-baru ini sehingga mengalami kecederaan pada kakinya.

PETALING JAYA – Kisah seorang lelaki berusia lingkungan 50-an datang meminta bantuan ekoran ditipu tawaran berniaga cendol di Kuala Lumpur meruntun hati orang ramai.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu klip video di laman sosial danish.firds memaparkan kejadian tersebut yang dikatakan berlaku di Kosas, Ampang baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, lelaki terbabit memberitahu bahawa dia telah ditipu sebanyak RM3,000 sebagai deposit untuk mengusahakan sebuah warung cendol daripada seorang individu lain.

Lebih menyedihkan, dia juga terpaksa berjalan sehingga mengalami kecederaan pada kakinya demi meminta bantuan dari orang ramai untuk pulang ke rumah di Johor.

“Saya dari Johor, saya datang kerana ada orang mahu tolong saya berniaga cendol dan minta saya deposit sebanyak RM3,000.

“Apabila saya sampai di sini dia tiada. Saya tunggu dan tunggu namun dia tidak munculkan diri,” katanya dengan sebak.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai turut merasai berat ujian yang menimpa lelaki tersebut dan mendoakan agar dipermudah urusan buat dirinya.

“Ya Allah, saya sebak lihat pakcik ini. Semoga pakcik dimurahkan rezeki dan urusan,” kata Aisyah.

“Sedihnya, Tengok pakcik ni teringat abah di rumah. Tak terbayang betapa sedihnya pakcik,” luah Faiqah.

“Aku jadi sebak sebab lihat dia teresak-esak bercakp. Betul-betul sedih dan kecewa. Ya Allah kau permudahkan lah perjalanan pakcik ni,” ujar liylolyil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI