fbpx

Penghantar makanan didakwa rogol remaja 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afiq Yan (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun dua minggu lalu. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh, Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan itu didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah hotel dalam daerah Ipoh di sini pada pukul 12.30 pagi, 16 Julai 2022.

Bagi kesalahan itu, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam Mahajoth Singh.

Terdahulu, Afiqa liyana menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin namun Mahajoth memohon jaminan dikurangkan antara RM5,000 ke RM6,000 atas alasan ibu bapa anak guamnya itu hanya bekerja biasa.

Norita membenarkan lelaki itu diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa. Mahkamah menetapkan 9 September ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI