fbpx

Jaket Aldrin dilelong AS$2.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jaket Buzz Aldrin yang dipakainya semasa menyertai misi Apollo 11 ke Bulan dipamerkan pada 21 Julai lalu di Sotheby’s, New York. - AFP

NEW YORK – Sehelai jaket yang dipakai angkasawan Amerika Syarikat (AS), Buzz Aldrin semasa penerbangan menuju ke Bulan dengan menaiki roket Apollo 11, dijual pada harga AS$2.7 juta (RM12 juta) dalam satu lelongan di New York semalam, kata Sotheby’s.

Jaket putih dihiasi bendera AS, akronim NASA, tampalan misi Apollo 11 dan nama E. ALDRIN merupakan sebahagian daripada koleksi peribadi milik angkasawan berusia 91 tahun itu yang diputuskan untuk dijual.

“Pakaian jarang sekali kelihatan itu dibida berbilang pembeli hampir 10 minit sebelum dijual kepada seorang pembida yang melakukan bidaan menerusi telefon,” kata Sotheby’s dalam satu kenyataan.

“Selepas pertimbangan mendalam, sekarang adalah masa sesuai untuk berkongsi barangan ini bersama dunia yang mana kepada ramai orang, ia menjadi simbol detik bersejarah tetapi kepada saya, ia kekal sebagai cenderamata peribadi bagi memperingati kehidupan yang didedikasikan kepada sains dan penjelajahan,” kata Aldrin pula dalam satu kenyataan minggu lalu.

Beliau merupakan kru tunggal yang masih hidup daripada tiga angkasawan Apollo 11.

Menurut Aldrin, jaket itu adalah berasingan daripada sut angkasa lepas yang dipakai semasa berjalan di atas Bulan bersama rakan angkasawan, Neil Amstrong tetapi beliau memakainya semasa melakukan penerbangan pergi dan pulang dari Bulan.

“Saya memakai jaket ini dalam Modul Kawalan Columbia semasa perjalanan bersejarah kami ke Bulan dan pulang semula dalam misi Apollo 11,” katanya.

Sut angkasa lepas yang dipakai di Bulan oleh  Aldrin dan Armstrong merupakan sebahagian daripada koleksi Muzium Udara dan Angkasa Lepas Kebangsaan di Washington

Secara keseluruhan, lelongan di New York itu menjana perolehan AS$8.2 juta (RM36.5 juta) untuk 68 barangan terjual daripada 69 barangan yang ditawarkan termasuk bayaran AS$819,000 (RM3.6 juta) untuk sebuah pelan penerbangan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI