fbpx

Pencuri kabel dicekup, ‘YB’ marah lampu rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmizam melihat tiga suspek menunjukkan cara-cara mencuri kabel

KLANG – Tiga pencuri kabel lampu berjaya dicekup selepas dipercayai cuba melarikan diri termasuk bersembunyi di sebalik pokok dalam kejadian di Pulau Indah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi itu, kesemua suspek berusia 27 hingga 41 tahun ditangkap orang awam bersama pihak polis.

Kejadian tersebut dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri yang jelas kecewa dan marah dengan insiden curi tersebut di laman Facebook rasminya.

Menurut Azmizam, beliau bersama seorang rakan dan Geng Gerak Gempur Kampung Idaman (GGKI) telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai insiden itu.

Katanya, beliau kemudiannya melahirkan rasa geram, sedih dan kecewa serta kesal melihat kabel-kabel wayar lampu yang ditanam di dalam tanah sepanjang Persiaran Pelabuhan Barat (jalan masuk menuju ke Bandar Armada Putra dan Star Cruises Terminal, Port Klang).

“Ini kerana semua wayar itu telah ditarik keluar dan dipotong-potong oleh pencuri.

“Maka, lampu-lampu jalan di situ sudah tidak boleh berfungsi lagi kerana kabel wayar sudah hilang dicuri. Bukannya senang nak dibaiki,” katanya di sini.

Jelas Azmizam, tiga pencuri itu bagaimanapun telah berjaya ditangkap oleh pihak polis dengan bantuan orang awam.

Dalam hantaran itu, Azmizam turut berkongsi video berdurasi 21 saat memaparkan beliau ‘memegang’ salah seorang suspek bersama anggota polis.

Suspek tersebut dipercayai adalah ketua kepada dua lagi pencuri yang diberkas bersama dalam kejadian tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI