fbpx

Roket China dibimbangi menjunam ke Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roket Long March 5B dilancarkan dari Pulau Hainan, Ahad lalu. – Getty Images

WASHINGTON – Komponen sebuah roket milik China sedang menjunam ke Bumi dan dikhuatiri gagal terbakar sepenuhnya di atmosfera dengan serpihannya jatuh pada kelajuan tinggi di lokasi  yang tidak pasti, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pakar-pakar berkata, kebimbangan tersebut adalah berpunca daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada Ahad lalu.

Meskipun kebarangkalian komponen roket itu mengenai kawasan berpenduduk dilaporkan sangat  tipis, sebilangan pakar berpendapat bahawa China mengambil risiko yang tidak perlu.

Roket terbaharu itu dilancarkan dari tapak pelancaran Wenchang, wilayah Hainan.

Ia membawa sebuah makmal baharu berkuasa solar  dinamakan  modul eksperimen Wentian yang akan ditempatkan di Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik Beijing.

Namun, pakar-pakar bimbang sekiranya beberapa bahagian teras roket tersebut jatuh ke Bumi. Ia akan mengulangi   insiden pada bulan Mei tahun lalu yang menyaksikan serpihan roket, juga dari China, jatuh di Lautan Hindi.

Pakar-pakar  berkata, laluan roket tersebut sukar diramal berikutan turun naik dalam tekanan atmosfera yang disebabkan oleh perubahan aktiviti solar. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI