fbpx

Ruhainies bangga dapat bahagia, senangkan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruhainies tekad untuk terus membahagiakan keluarganya dalam apa cara sekali pun.

PETALING JAYA – Pelakon kecil molek Ruhainies mengakui keputusannya memilih bidang seni sebagai punca rezeki adalah untuk memberi kesenangan kepada kedua ibu bapa dan keluarganya.

Ruhainies berkata, sepanjang hampir tujuh tahun bergelar anak seni, dia bersyukur apabila dapat berbakti kepada orang tuanya dengan cara memberikan apa sahaja yang mereka mahukan.

“Mungkin ramai tak tahu yang saya ni sangat rapat dengan keluuarga. Mana-mana pun saya pergi, pasti ahli keluarga akan sentiasa ada bersama.

“Saya dah berjanji dengan diri sendiri, jika keluarga saya memerlukan, saya kena ada untuk mereka, tak kiralah dari segi sokongan moral atau kewangan.

“Sebab itulah saya bekerja keras kerana tanggungjawab itu ada pada saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta itu, sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-30 hari ini, dia bertekad untuk terus membahagia dan menggembirakan keluarga walau dengan apa cara sekali pun.

“Sempena ulang tahun ini, tak banyak yang saya minta, cukuplah saya dapat terus banggakan keluarga dan buat mereka bahagia.

“Kalau awal-awal jadi pelakon dulu, ayah dan ibu ada beritahu hasrat untuk menunaikan haji. Alhamdulillah, saya dapat hantar mereka ke sana tiga tahun lalu,” katanya.

Terdahulu, nama Ruhainies mula dikenali selepas membintangi drama Hello Mr. Perfect! sekitar 2015 lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI