CAPRICE sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila berkongsi usahanya dalam mendidik isteri tercinta, Farra Inalis atau Elis untuk bertudung.
Hampir setiap hari jugalah dia berkongsi video memaparkan isterinya anggun bertudung dan tanpa henti memujuk untuk terus mengenakan hijab tanpa paksaan.
Ramai yang memuji usaha tanpa hentinya. Lucu juga melihat saat dia merakam secara curi-curi ketika Elis membeli tudung. Suami mana yang tidak teruja melihat perubahan sebegitu.
Usahanya turut diiringi dengan doa-doa daripada netizen yang berharap agar Elis istiqamah dalam pemakaian hijab.
Tidak mengapa Elis, berubahlah secara perlahan-lahan dan jangan terlalu drastik. Semoga impian Caprice untuk melihat isterinya berhijab tercapai satu hari nanti.
Jangan pula ‘usaha’ yang disokong ramai ini hanya propa semata-mata kerana ingin melancarkan apa-apa produk ya. Mesti ramai sakit hati nanti.
MIZZ LAHAR: Kagum dengan semangat Rossasera dan Puteri Sarah. Semoga terus kuat hadapi apa sahaja ‘sepak terajang’ kehidupan.