fbpx

Paulo Dybala lebur rekod jualan jersi Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERSI Dybala terjual kira-kira 500,000 helai dalam tempoh 24 jam sekali gus meleburkan rekod Ronaldo ketika menyertai Juventus. – TWITTER AS ROMA

ROM – Percaturan AS Roma mendapatkan khidmat bekas pemain Juventus, Paulo Dybala dilihat membawa kesan positif kepada kelab tersebut, terutamanya dari segi kewangan pasukan.

Baru sehari Dybala menjejakkan kaki ke Roma, pemain antarabangsa Argentina itu sudah meleburkan rekod Cristiano Ro­naldo dari sudut jualan jersi Serie A apabila lebih 500,000 terjual dalam tempoh 24 jam.

Difahamkan, setiap kedai rasmi pasukan diserbu oleh ribuan peminat yang mahu mendapatkan jersi No.21 tertera nama bintang baharu Roma menjelang saingan musim baharu 2022/23.

“Kami tidak berhenti bekerja sejak pagi kerana permintaan terlalu tinggi. Tugas kami sepanjang hari adalah untuk mencetak jersi yang tertera nombor serta nama Dybala,” kata salah seorang pekerja kedai rasmi Roma.

Bukan sahaja pembelian secara fizikal, malah laman web Roma juga sesak teruk selepas peminat-peminat luar Itali berduyun-duyun menempah jersi pemain berusia 28 tahun itu.

Terdahulu, Dybala menolak tawaran untuk memakai jersi No.10 kerana menganggap ia tanggungjawab terlalu besar memandangkan ia pernah dipakai oleh legenda dan ikon kelab, Francesco Totti.

Sebaliknya, dia lebih memilih untuk mengenakan jersi bernombor 21, sama seperti yang digunakan bersama Juventus sebelum ini serta ketika dia menggalas tugas bersama Argentina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI