MELAKA – Tiga kawasan termasuk sebahagian zon perindustrian di negeri ini turut mengalami gangguan bekalan elektrik, sebentar tadi.
Ketua Perkhidmatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka, Khairizam Ibrahim ketika dihubungi pemberita berkata, tiga kawasan tersebut adalah di Cheng, Malim dan Batu Berendam.
“Kita sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik ini secepat mungkin.
“Dipercayai insiden ini berpunca daripada pemasangan daripada pepasangan 275 KV di bahagian Selatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE