fbpx

Pasangan baru kenal di media sosial dicekup berkhalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan berusia 24 tahun yang baru berkenalan di media sosial dicekup berkhalwat di sebuah hotel di Kulim pada malam semalam.

KULIM – Seorang lelaki yang sudah berkahwin menerima ‘hadiah’ hari lahirnya apabila dicekup berkhalwat dengan seorang wanita yang baru dikenalinya menerusi media sosial di sebuah hotel di sini semalam.

Lelaki terbabit yang tarikh ulang tahun kelahirannya pada hari ini dan pasangannya ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di dalam bilik hotel kira-kira pukul 10.15 malam.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, lelaki dipercayai datang dari Bagan Serai, Perak itu mendakwa datang ke daerah ini untuk urusan kerja sebelum bertemu dengan wanita terbabit yang masih bujang.

Katanya, pasangan berusia 24 tahun itu baru dikatakan baru berkenalan pada pagi kelmarin melalui aplikasi media sosial sebelum membuat pertemuan di hotel berkenaan kira-kira pukul 8 malam.

“Berdasarkan maklumat awam, penguat kuasa PADK membuat pemeriksaan di beberapa bilik di hotel itu.

“Pemeriksaan ke atas sebuah bilik yang disyaki berlaku maksiat, anggota penguat kuasa mengetuk pintu sebelum seorang wanita datang membukanya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Anwar Shariffudin, hasil pemeriksaan lanjut ternampak kelibat seorang  lelaki bersembunyi di bawah katil untuk mengelak dicekup.

“Pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan suami isteri atau mahram,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI