fbpx

Wanita hilang 3 hari ditemui mati lemas di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang wanita ditemui di kawasan teluk di Batu 1 PD Waterfront di sini dipercayai akibat mati lemas. /FOTO IHSAN BOMBA.

PORT DICKSON – Kehilangan seorang wanita sejak tiga hari lalu terjawab apabila mayat mangsa ditemui di kawasan teluk di Batu 1 PD Waterfront di sini dipercayai akibat mati lemas petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson   berkata, polis telah menerima maklumat berhubung penemuan mayat mangsa yang berusia 31 tahun pada pukul 1.10 petang tadi.

“Pegawai dan anggota Balai Port Dickson telah bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang wanita dipercayai mati lemas.

“Polis telah dibantu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson untuk mengangkat mayat mangsa ke tebing untuk dikenalpasti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, keluarga mangsa telah mengesahkan mayat tersebut merupakan kakak kandungnya berdasarkan pakaian yang dipakai mangsa sebelum keluar dari rumah dan menghilang sejak tiga hari lalu.

Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tujuan bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang perlakuan jenayah dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI