fbpx

Lelaki jatuh bawah bas terselamat pakai topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alex Silva Peres diselamatkan oleh topi keledarnya apabila sebuah bas hampir melanggar kepalanya. - twitter/jointcptraffic

BRASILIA- Seorang lelaki di Brazil terselamat selepas terjatuh dari motosikal di sebatang jalan manakala kepalanya terperosok ke bawah tayar sebuah bas yang dipandu dari arah bertentangan, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Rakaman yang dikongsikan oleh Polis Trafik Bengaluru, India itu dimuat naik di laman Twitter bersama kapsyen ‘topi keledar menyelamatkan nyawa’.

Kemalangan itu berlaku pada 18 Julai lalu di bandar Belford Roxo, Rio de Janeiro. 

Ketika kejadian, Alex Silva Peres yang berusia 19 tahun hilang kawalan ke atas motosikalnya semasa membelok. Di betul-betul jatuh di bawah sebuah bas yang datang dari arah bertentangan. 

Kepalanya terhantuk pada tayar belakang bas, manakala kenderaan itu berhenti mengejut selepas melanggar topi keledarnya.

Peres yang tidak mengalami sebarang kecederaan ketika kejadian, kemudian berguling ke kanan dan keluar dari bawah bas. Sebahagian topi keledarnya kelihatan rosak.

Pemuda itu menggeletar apabila pemandu bas dan orang lalu lalang menghampiri dan memeriksanya.

Dia dilaporkan sedang dalam perjalanan ke kedai roti untuk membeli roti buat keluarganya apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di sebuah selekoh.

Dia terkejut dan cuba menekan brek tetapi tergelincir dan jatuh ke bawah bas berkenaan.

“Memakai topi keledar adalah sama penting untuk pembonceng,” kata Polis Trafik Bengaluru, Dr BR Ravikanthe Gowda. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI