fbpx

Klinik kesihatan tambah waktu operasi elak kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi berucap pada Majlis Perasmian 3rd MOH Dietitians' Quality and Research Convention (DQRC 2022) di Auditorium Kompleks E di sini hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Operasi beberapa klinik kesihatan sekitar Lembah Klang dilaksanakan di luar waktu pejabat sebagai salah satu inisiatif dalam menangani isu kesesakan hospital seliaan Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pengoperasian klinik kesihatan di luar waktu pejabat itu dibuat sehingga pukul 9 dan 10 malam bergantung kepada keperluan semasa.

“Ketika ini, kita sedang menjalankan pengoperasian di luar waktu pejabat di beberapa klinik kesihatan di Kuala Lumpur dan Selangor sehingga waktu malam.

“Kakitangan terpilih akan ada waktu tugas mengikut syif. Itu antara langkah dijalankan untuk menguraikan pesakit kerana tidak semua yang datang ke wad kecemasan boleh berada di Zon Merah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kualiti dan Kajian Pegawai Dietetik ke-3 di sini tadi.

Katanya, sesetengah pesakit yang berada di Zon Hijau boleh dirawat di klinik kesihatan sahaja dan tidak perlu ke wad kecemasan hospital.

“Pengoperasian luar waktu pejabat itu juga akan diteruskan berdasarkan keperluan semasa,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI