fbpx

Robert Lewandowski mula pikat perhatian Xavi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI mula memberikan impak positif pada bahagian serangan Barcelona ketika turun pada aksi pertama menentang Real. – AFP

TEXAS – Robert Lewandowski tidak perlu menunggu lama untuk membuktikan sesuatu dan debutnya ketika meraih kemenangan 1-0ke atas Real Madrid pada aksi pramusim sudah cukup untuk mendapat perhatian daripada pengurus Barcelona, Xavi.

Xavi mula melabel Lewandowski sebagai individu yang luar biasa kerana mampu menyesuaikan diri dengan pasukan dan kekal merendah diri.

“Dia sentiasa bekerja keras untuk pasukan dan kehadirannya juga menjadikan keputusan kelab untuk mendapatkan khidmatnya adalah tepat. Saya cukup gembira untuk memilikinya dalam pasukan.

“Lewandowski berjaya menyesuaikan diri dengan pasukan dan walaupun sudah meraih pelbagai kejayaan, dia kekal de­ngan sikap rendah diri.

“Dia juga faham bila masa yang tepat untuk menyerang dan mengawal bola. Jadi, sekarang kita sedang bercakap tentang pemain terbaik dunia,” katanya.

Lewandowski yang berada di tempat kedua dalam senarai Ballon d’Or tahun lalu menyertai Barcelona dengan rekod hebat ketika mewakili Bayern Munich dalam saingan Bundesliga.

Menyentuh mengenai strategi pembelian pemain, Xavi me­negaskan segala usaha yang dilakukan akan lebih menjurus kepada persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama sekali gus mampu menguatkan lagi pasukan dan menambah kualiti permainan.

“Tahun ini akan ada Piala Du­nia dan jadual pasti akan jadi le­bih padat. Lebih ramai (pemain), lagi bagus kerana ia akan membolehkan pemain bersaing dan pasukan ini jadi lebih baik.

“Saya sudah katakan, kami perlu ada sekurang-kurangnya dua pemain berprofil tinggi di setiap posisi dan itu juga yang sedang kami usahakan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN