fbpx

SOSMA tidak sama seperti ISA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah Zainuddin.

KUALA LUMPUR – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak boleh disamakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada tahun 2012.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Subseksyen 4(5) SOSMA memberi keadilan kepada orang yang ditahan dalam mendapatkan hak daripada sudut undang-undang.

Menurut beliau, SOSMA menyediakan peruntukan-peruntukan yang menghormati hak individu seperti membenarkan orang ditahan berunding dengan pengamal undang-undang serta peluang untuk jaminan.

“Banyak perbezaan dan perkara-perkara yang digubal untuk membuktikan SOSMA adalah satu akta memberi peluang dan hak yang cukup untuk orang tahanan,” katanya ketika membentangkan semula Subseksyen 4(5) SOSMA di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua hari ini.

Beliau membentangkan semula usul pelanjutan Subseksyen 4(5) SOSMA bagi terus berkuatkuasa untuk tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini di Dewan Rakyat hari ini.

Subseksyen berkenaan membolehkan pihak polis melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih daripada 28 hari bagi maksud penyiasatan.

Terdahulu, Hamzah menerangkan, subseksyen tersebut perlu dilanjutkan untuk menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam.

Jelas beliau, meskipun akta itu memperuntukkan 28 hari untuk melakukan siasatan, namun realitinya polis hanya mempunyai tempoh 21 hari bagi membuat penyiasatan.

Kata beliau, tujuh hari sebelum tamat tempoh 28 hari pihak polis perlu menyerahkan kertas siasatan yang lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI