JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang wanita yang datang ke sekolah anaknya untuk menanda tempat duduk di barisan hadapan kelas, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dunia_kaumhawa.
Rakaman memaparkan wanita berkenaan membawa pita pelekat dan beg milik anaknya untuk diletakkan di atas sebuah meja.
Dia menanda tempat duduk itu dengan meletakkan beg dan menampal pita pelekat di seluruh meja dan kerusi supaya tiada pelajar lain mengambilnya.
Kerusi itu pula dilekatkan pada meja supaya tidak boleh dipisahkan.
Kedua-duanya diletakkan di barisan hadapan kelas supaya anaknya boleh menerima pelajaran dengan baik jika duduk di hadapan dan dekat dengan guru.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Apabila cikgu datang, tempat duduk akan ditetapkan semula,” kata seorang netizen.
“Percayalah anak kamu nanti kalau sudah besar akan pilih meja belakang,” komen netizen lain. – Agensi