fbpx

Zimbabwe lancar syiling emas perangi inflasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan menunjukkan syiling emas yang dilancarkan Bank Rizab Zimbabwe di Harare, kelmarin. – AFP

HARARE, ZIMBABWE – Kerajaan Zimbabwe melancarkan duit syiling emas sebagai kaedah untuk menstabilkan ekonomi negara itu yang terjejas dengan kenaikan inflasi tinggi, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut kenyataan Bank Rizab Zimbabwe, syiling emas tersebut akan dijual kepada orang ramai dalam usaha untuk mengukuhkan mata wang tempatan yang merudum disebabkan  inflasi.

Sebelum ini, penduduk negara itu membeli mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) di pasaran gelap ketika mata wang tempatan menyusut sebagai cara untuk menangani inflasi. 

Namun, langkah terbaharu itu dilihat dapat mencegah aktiviti perdagangan haram mata wang di negara tersebut.

Justeru, Bank Rizab Zimbabwe menghasilkan 200 keping duit syiling emas sebagai permulaan dan ia akan diedarkan kepada bank-bank komersial.

Orang ramai boleh membeli  syiling tersebut daripada bank-bank yang mendapat kebenaran. Dengan sebilangan penjual tidak lagi menerima mata wang Zimbabwe, syiling tersebut boleh menjadi kaedah transaksi baharu.

Gabenor Bank Rizab Zimbabwe, John Mangudya berkata, syiling itu ditempa di luar negara, namun kerajaan merancang untuk menghasilkannya secara domestik.

“Kerajaan cuba meredakan  permintaan tinggi bagi dolar AS kerana permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi oleh bekalan.

“Sasarannya adalah penyusutan mata wang tempatan mungkin akan berlaku secara sederhana, sekali gus memberi kesan kestabilan ke atas harga barangan,” kata pakar ekonomi, Prosper Chitambara. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI