fbpx

Saya tak pernah jual pakaian dalam wanita – Ning Baizura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NING BAIZURA menafikan dirinya pemilik sebuah akaun media yang berkongsi gambar separuh bogel baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sengaja memuat naik foto wanita separuh bogel dalam sebuah akaun media sosial menggunakan namanya baru-baru ini.

Ning, 57, berkata, dia juga terkejut lebih-lebih lagi apabila disangka kini aktif menjual pakaian dalam wanita secara dalam talian.

“Baru-baru ini ketika saya sibuk membuat latihan untuk nyanyian, tiba-tiba ada orang hantar gambar ini kepada saya. Sampai ada yang tanya saya sekarang jual pakaian dalam wanita ke.

“Saya sebetulnya malas ambil pusing kerana banyak perkara lain perlu saya lakukan seperti menguruskan keluarga dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ning yang popular menerusi lagu Awan Yang Terpilu menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah terperdaya atau memberi sebarang maklum balas terhadap akaun palsu tersebut agar tidak menjadi mangsa penipuan.

“Peminat yang lama mengikuti perkembangan saya, mereka pasti tahu saya tiada sebarang akaun rasmi atau kelab peminat dalam Facebook.

“Segala komunikasi dilakukan dalam Instagram sama ada bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat.

“Individu tidak bertanggungjawab itu sudah hampir setahun melakukan perkara itu. Saya tidak pernah ada sebarang akaun Facebook pun,” ujarnya.

Tambah Ning, dia juga tidak berniat untuk memanjangkan isu tersebut ataupun mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun berkenaan.

“Saya malas nak buang masa dengan menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara remeh macam ini.

“Apa kata kita gunakan akal dan tenaga di tempat lain. Orang itu mungkin inginkan perhatian saya. Saya tidak mahu mencuit hati orang itu sedikit pun,” jelasnya.

Terdahulu, Ning turut pernah mengalami perkara sama apabila individu tidak bertanggungjawab sesuka hati mencipta sebuah akaun Facebook menggunapakai namanya dan memuat naik pelbagai foto serta perkongsian berbaur lucah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI