fbpx

Bas terjunam 40 meter ke dalam sungai, 34 terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas tersebut selepas terhumban ke sebatang sungai di Kenya. – Digital Pakistan

NAIROBI, KENYA – Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban apabila sebuah bas terjunam ke dalam sebatang sungai di sebuah lokasi yang kerap berlaku kemalangan di tengah Kenya, kata pegawai tempatan semalam.

Kemalangan  berlaku lewat Ahad lalu ketika bas terbabit dalam perjalanan dari pekan Meru ke bandar tepi pantai, Mombasa.

Bas itu dilaporkan terjatuh dari jambatan dan terjunam kira-kira 40 meter ke dalam Sungai Nithi.

Gambar yang disiarkan media tempatan menunjukkan bas tersebut berkecai kepada beberapa bahagian selepas jatuh menuruni cerun. Laporan turut menyebut bahawa serpihan bas dan cebisan mayat bergelimpangan di dalam air dan tebing sungai.

Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Keselamatan Negara (NTSA) dalam satu kenyataan di Twitter berkata, 33 orang meninggal dunia, dan dalam masa sama, pihaknya telah menghentikan operasi syarikat pengendali bas terbabit, Modern Coast Express Ltd.

“Satu siasatan menyeluruh berkaitan nahas melibatkan pelbagai agensi dan penilaian standard keselamatan pengendali sedang dilakukan,” kata NTSA.

Sementara itu, Pesuruhjaya Daerah, Norbert Komora kemudian memberitahu bahawa angka kematian meningkat kepada 34 orang.

“Terdapat 45 individu berada di dalam bas ketika kejadian berlaku. Setakat ini, kami telah menemui 42 daripada mereka, sama ada yang telah meninggal dunia atau dirawat di hospital.

“Kami masih mencari tiga mangsa yang hilang,” kata Komora.

Punca kejadian masih disiasat. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI