fbpx

Sera masih sayang Shuk, tetapi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERA tidak menyekat hubungan anak-anak dengan Shuk.

PETALING JAYA – “Saya masih sayangkan dia (Shuk Sahar), tapi sebagai kawan sahaja. Tiada rasa lain”.

Demikian pengakuan isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossalenna Natassyiah Asshaferah atau Sera ketika ditanya tentang perasaannya terhadap pelawak itu.

Sera ketika ditemui Kosmo! Online memberitahu, perasaannya terhadap Shuk namun cukuplah hanya sebagai kawan.

“Sayang? Mestilah sayang (Shuk). Tapi itulah, setakat kawan sahaja. Tiada perasaan lain,” ujarnya.

Ditanya tentang peluang buat bekas penyampai Hot FM itu, Sera juga tidak berani memberi sebarang jaminan biarpun selepas dipujuk berkali-kali..

“Saya tidak tahu lagi. Tak berani mahu beri jaminan apa-apa. Mungkin tak kot (kembali berbaik) selepas beberapa tahun memendam rasa,” ujarnya.

Biarpun sudah lama hidup berasingan, Sera juga tidak pernah melarang Shuk untuk bertemu dan meluangkan masa dengan kedua-dua anaknya.

“Anak-anak memang ada dengan saya. Hubungan dengan anak-anak juga baik. Malah saya beri kebebasan untuk Shuk berjumpa dengan anak-anak tanpa limit.

“Shuk pun dah duduk di Pulau Pinang dan bukan di sini (Kuala Lumpur) lagi. Setiap kali dia ada kerja di sini, jika mahu berjumpa anak-anak, silakan saya tiada masalah jika Shuk mahu bawa anak jalan-jalan,” katanya.

Diminta mengulas lanjut tentang status terkininya dengan Shuk atau nama lengkapnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, wanita itu enggan mengulas lanjut dan bertindak mengunci mulut.

“Tentang status saya dengan Shuk, maaf saya tidak boleh jawab. Saya minta maaf.

“Apa yang pasti, saya dan Shuk okay sebagai kawan,” jelasnya.

Untuk info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang anak.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan itu sebelum ini tular dalam media sosial berikutan pendedahan Sera tentang Shuk yang didakwa berlaku curang bersama seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Susulan pendedahan tentang kecurangannya, kehidupan Shuk mula terumbang-ambing selepas dia mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual rumah banglo bernilai RM1.2 juta selain sudah jarang muncul dalam televisyen.

Pada November tahun lalu, Sera dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI