fbpx

Kawasan Gunung Inas masih tidak stabil, terdedah ancaman tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Siasatan awal Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mendapati kawasan Gunung Inas di Kupang, Baling masih tidak stabil dan terdedah kepada ancaman tanah runtuh serta jatuhan batuan.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia berikutan kehadiran bongkah batuan yang longgar dan tergantung yang masih terdapat di lereng gunung berkenaan.

“Kejadian ini juga menyebabkan trek jalan dan sungai di sepanjang laluan masuk ke kawasan pergunungan itu diliputi oleh puing runtuhan dan kewujudan hakisan lekukan tebing.

“Sebagai langkah awal bagi memastikan keselamatan penduduk, KeTSA telah mengeluarkan surat pemakluman rasmi kepada kerajaan Kedah pada 22 julai 2022 iaitu perihal langkah kewaspadaan awam di kawasan tadahan Gunung Inas.

“Menyarankan kerajaan negeri mengambil langkah dan perhatian terhadap Zon Bahaya dan Zon Kawalan dibangunkan untuk tujuan pengurusan bencana Peringkat Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB),” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) tentang penyelesaian yang dirancang KeTSA bagi memastikan keselamatan penduduk di sekitar Gunung Inas berikutan insiden kepala air yang berlaku baru-baru ini.

Takiyuddin menerangkan, JMG telah membuat lawatan pada 15 hingga 23 Julai untuk mengadakan pemeriksaan tapak dan penawanan data dron yang dijalankan di kawasan tadahan Gunung Inas.

Menurut beliau, laporan pemeriksaan telah dihantar kepada KeTSA dan keseluruhan laporan dijangka akan disiapkan sebelum 4 0gos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI