fbpx

Polis selesai ambil keterangan 12 saksi kes banduan mati di Penjara Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menyampaikan sijil penghargaan kepada Suzana Md. Jamin sempena majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Kontinjen Johor di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis selesai merakam keterangan 12 saksi dalam membantu siasatan kes kematian seorang banduan lelaki di Penjara Kluang, 28 Jun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, individu terbabit melibatkan tiga ahli keluarga, lima orang banduan serta empat petugas penjara.

“Setakat ini polis sudah ambil keterangan 12 orang saksi kes ini termasuk tiga ahli keluarga serta empat staf penjara dan lima rakan banduan yang ditempatkan di sel yang sama dengan mangsa.

“Post mortem telah dijalankan oleh pihak makmal Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru dan keputusannya bagaimanapun kita masih menunggu ‘pending’ untuk keputusan atau menentukan punca kematian,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Terdahulu, pada 28 Jun lalu, Kim Shih Keat sudah dijadualkan dibebaskan daripada penjara Kluang selepas menjalani hukuman penjara tujuh hari dan denda sebanyak RM15,000 kerana didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada 22 Jun lalu.

Bagaimanapun, keluarga lelaki berkenaan yang dalam perjalanan untuk mengambil Kim, mendakwa mendapat panggilan pada waktu pagi hari yang sama daripada pengurus rumah mayat yang memaklumkan Kim sudah meninggal dunia.

Pada sidang akhbar semalam, ahli keluarga kepada Kim memohon agar laporan bedah siasat dan kimia berhubung kematian lelaki berkenaan, dapat didedahkan selewat-lewatnya Jumaat ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, selesai proses bedah siasat ke atas mendiang, jenazahnya diserahkan kepada pihak keluarga sehari selepas mangsa dilaporkan meninggal dunia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI