fbpx

Hujan iringi perjalanan akhir Muhammad Iman Aqmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmawati Kadir menyiram air ke pusara anak sulungnya Allahyarham Muhammad Iman Aqmar selamat disemadikan kira-kira pukul 1 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, Masai, Pasir Gudang. - RAJA JAAFAR ALI

PASIR GUDANG – Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain yang ditemukan dalam kenderaan di Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, pada Sabtu lalu setelah lebih sembilan bulan dilaporkan hilang.

Jenazah Allahyarham Muhammad Iman Aqmar selamat disemadikan kira-kira pukul 1 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih di sini.

Lebih 100 ahli keluarga, saudara, rakan, kenalan dan penduduk hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disemadikan.

Usai imam masjid selesai membaca talkin serta ibu Allahyarham, Asmawati Kadir, 55, menyiram air ke pusara anak sulungnya itu, hujan lebat turun membasahi bumi mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di tanah Perkuburan Islam itu kira-kira pukul 12.25 tengah malam diiringi ibu, adik-beradik, tunangnya serta ahli keluarga terdekat.

Terdahulu, jenazah dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan ke Masjid Tengku Ampuan Afzan di Indera Mahkota, Kuantan pada pukul 2.30 petang untuk dimandikan.

Jenazah seterusnya dikafan dan disembahyangkan di masjid yang sama sebelum dibawa pulang ke Pasir Gudang untuk dikebumikan.

Sabtu lalu, polis dilaporkan menemukan rangka manusia dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 29 Oktober lalu.

Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.

Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang pukul 1.30 pagi pada 29 Oktober ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya. Bagaimanapun, dia selepas itu gagal dihubungi keluarga serta majikannya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI