fbpx

Polis siasat hantaran hina agama, nabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIOR Faridalathrash (tiga dari kanan) bertemu pelancong dan penduduk setempat pada Program High Profile Policing (HPP) di Pulau Pangkor, Lumut hari ini.

LUMUT – Polis akan menjalankan siasatan berhubung hantaran tular di Facebook yang didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad dipercayai oleh seorang individu berperwatakan wanita.

Hantaran berkenaan tular sejak kelmarin dan mendapat perhatian warganet yang rata-rata meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu itu.

HANTARAN yang dimuat naik bersama beberapa tangkap layar status Facebook dipercayai dibuat seorang lelaki berperwatakan wanita didakwa beragama Islam menghina agama Islam dan Nabi Muhammad tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bagaimanapun berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan isu tersebut.

“Setakat ini kita belum terima laporan secara rasmi lagi, tetapi saya akan semak sama ada laporan itu ada dibuat di negeri lain.

“Kalau (laporan polis), kita siasat apa kesalahan yang dilakukan sama ada di bawah Akta 506, atau jika sampai menghina agama, siasatan boleh dibuat di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program High Profile Policing (HPP) Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI