fbpx

Man Wei Chong-Tee Kai Wun buru rangking 20 terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI CHONG (kiri) dan Kai Wun yang baru sahaja meraih gelaran Terbuka Taiwan memasang impian untuk berada dalam kelompok ranking ke-20 terbaik menjelang hujung tahun ini.

SELEPAS melakukan kejutan meraih gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan kelmarin, beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tekad perbaiki kedudukan untuk berada di kelompok ranking 20 terbaik dunia menjelang hujung tahun ini.

Beregu negara itu hanya memerlukan 54 minit untuk menjinakkan wakil tuan rumah yang juga gandingan No.4 dunia, Lee Yang-Wang Chi Lin menerusi aksi tiga set 21-18, 11-21, 21-18 sebelum meraih gelaran kedua.

Bagaimanapun, beregu negara yang menduduki ranking ke-36 dunia itu menegaskan, permainan mereka masih belum cukup sempurna, namun tekad perbaiki permainan.

“Pertama sekali, saya rasa pada perlawanan kali ini kami bernasib baik selepas bangkit mengatasi pihak lawan yang melakukan kesilapan.

“Pada aksi itu, kami turun tanpa sebarang tekanan meskipun berdepan juara Olimpik. Kami melakukan persiapan cukup rapi dan turut mendapat nasihat dari jurulatih sebelum berdepan mereka. Jadi, kami bermain dengan cara kami sendiri.

“Pada kejohanan ini, kami tidak fikir soal prestasi petunjuk utama (KPI) kerana hanya mahu lakukan yang terbaik sahaja. Jadi, kami harap sebaik sahaja berakhir musim ini, kami dapat lolos ke dalam kelompok 20 terbaik dunia.

“Tiada kejohanan untuk kami selepas ini sehingga Terbuka Jepun pada Ogos nanti dan kami akan cuba membuat persiapan lebih rapi di sana,” kata Wei Chong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI