fbpx

Tiada campur tangan politik berhubung isu penyelewengan Penjana Kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Tiada campur tangan politik yang terlibat berhubung siasatan kes penyelewengan dan tuntutan palsu bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya).

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, laporan itu hasil siasatan menggunakan kaedah forensik secara dalaman oleh pertubuhan itu tanpa campur tangan pihak luar.

“Pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sendiri yang kesan penyelewengan melalui siasatan forensik dan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu.

“Sekiranya saya nak mempertahankan mana-mana individu tidak kira orang politik atau tidak, kita tidak akan laporkan kepada SPRM,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya, sebanyak 45,379 syarikat yang terbabit dalam program Penjana Kerjaya hanya 66 syarikat didapati terlibat dengan penyelewengan namun jumlah kerugian masih belum diketahui lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI