fbpx

Pencuri pulangkan jam tangan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencuri berbaju hitam mengacukan pistol ke arah dua pelancong tersebut yang membuatkan mereka melompat bangun dari tempat duduk. – The Sun

TRIESTE, ITALI – Seorang lelaki yang menyangka berjaya mencuri seutas jam tangan mewah milik pelancong di bandar Trieste, Itali bertindak memulangkan aksesori tersebut selepas mendapati ia sebenarnya barang tiruan, lapor akhbar The Sun.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), dua pelancong dari Switzerland dilihat sedang duduk di meja makan sebuah kafe di Piazza Unita d’Italia, apabila pencuri tersebut datang dari arah belakang.

Lelaki berkenaan secara tiba-tiba mengacukan pistol ke arah dua pelancong tersebut yang membuatkan mereka melompat bangun dari tempat duduk.

Pencuri tersebut dengan pantas mengambil jam tangan yang diletakkan di atas meja sebelum melarikan diri.

Tidak lama selepas itu, dia dilihat datang kembali ke arah meja dua pelancong yang sama dan berkata sesuatu sambil memulangkan jam tangan itu sebelum berlalu pergi.

Video itu dimuat naik di media sosial oleh seorang ahli majlis daerah Europa Verde di Campania, Francesco Borrelli.

Pencuri tersebut menyangka jam yang dicuri daripada jenama Richard Mille yang berharga antara £20,000 (RM106,764) hingga berpuluh-puluh juta pound. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI