fbpx

Korea Selatan rancang tarik balik sekatan media terhadap Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Korea Selatan akan memulakan langkah itu dengan memberikan akses kepada media penyiaran Korea Utara bagi menggalakkan negara itu mengambil tindakan serupa. – Getty Images

SEOUL – Kerajaan Korea Selatan merancang untuk menarik balik larangan berpuluh-puluh tahun ke atas akses awam bagi siaran televisyen, akhbar dan penerbitan lain di Korea Utara sebagai usaha untuk menggalakkan kesefahaman bersama antara dua negara itu, lapor stesen penyiaran ABC News.

Sejak 1948, dua negara jiran itu mengharamkan rakyatnya untuk melawati wilayah masing-masing atau berbalas panggilan telefon, email, surat serta menyekat akses kepada laman web dan stesen televisyen.

Namun, berdasarkan satu laporan polisi Presiden yang baru dilantik, Yoon Suk Yeol Jumaat lalu, Kementerian Penyatuan Korea Selatan berkata, ia akan membuka ‘pintu’ secara beransur-ansur kepada penyiaran, media dan penerbitan Korea Utara bagi meningkatkan pemahaman bersama. 

Selain itu, langkah tersebut juga bertujuan untuk memulihkan identiti kebangsaan Korea serta bersiap sedia bagi penyatuan akan datang.

Pegawai-pegawai kementerian berkata, Korea Selatan akan memulakan langkah itu dengan memberikan akses kepada media penyiaran Korea Utara bagi menggalakkan negara itu mengambil tindakan serupa.

Kementerian berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut sambil menambah bahawa pelan tersebut masih dibincangkan dengan beberapa pihak berkuasa yang relevan di Korea Selatan.

Seorang profesor penyelidikan di Universiti Konkuk Seoul, Jeon Young-sun berkata, langkah tersebut mungkin tidak mendapat reaksi positif dari Korea Utara berikutan budaya Korea Selatan dan kandungan media yang dirasakan memberi ancaman kepada kepimpinannya yang bersifat autoritarian.

Dipimpin oleh keluarga Kim secara tiga generasi sejak penubuhannya pada 1948, Korea Utara mengawal ketat akses rakyatnya terhadap maklumat luar meskipun ramai pembelot menyatakan bahawa mereka ada menonton program televisyen Korea Selatan yang diseludup ketika berada di negara itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI