fbpx

Kritikan buat Darwin Nunez tidak masuk akal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ (kanan) dikritik ketika aksi menentang United, namun membuktikan kemampuan ketika meledak empat gol menentang Leipzig. – AFP

LIVERPOOL – Bekas bintang Liverpool, Robbie Fowler menyifatkan kritikan terhadap prestasi Darwin Nunez ketika aksi persahabatan pramusim menentang Manchester United dan Crystal Palace sebagai tidak masuk akal.

Fowler menegaskan tidak adil untuk terus menghukum pemain dari Uruguay itu kerana pembelian dibuat Liverpool adalah untuk jangka masa panjang dan bukannya untuk mendapatkan keputusan pada pramusim.

“Untuk meragui kemampuan Nunez ketika dia hanya bermain beberapa minit menentang Manchester United dan Crystal Pa­lace menjadi sesuatu yang agak menggelikan hati.

“Bola sepak masa kini, jika anda dibeli dengan harga mahal dan gagal menjaringkan gol, pas­tinya kamu akan rasai tekanannya, tetapi apa yang berlaku adalah agak keterlaluan.

“Jurgen Klopp beli Nunez untuk memacu pasukan dalam tempoh beberapa tahun akan datang, bukannya untuk pramusim.

“Saya dapat lihat Klopp cukup gembira dengan cara Nunez bermain. Paling penting, Klopp berasa gembira dan berpuas hati dengan Nunez,” katanya.

Bagaimanapun, pada perlawanan menentang RB Leipzig, Nunez sudah pun menyerlahkan kualiti dengan menyumbangkan empat gol buat The Reds untuk memastikan kemenangan 5-0.

Awal pagi Khamis ini, Liverpool bakal mengharungi satu lagi persahabatan menentang RB Salzburg sebelum membuat perhitungan dengan Manchester City pada aksi Piala Perisai Komuniti pada Ahad nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI