fbpx

Charles Leclerc akui tidak layak untuk menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC berpeluang untuk meraih kejuaraan di GP Perancis kelmarin, namun bernasib malang apabila terlibat dalam kemalangan. – AFP

LE CASTELLET, Perancis – Charles Leclerc mengakui kecewa dengan kesilapan yang dia lakukan selepas terbabas sewaktu mendahului Grand Prix (GP) Perancis malam kelmarin.

Pemandu Ferrari itu menegaskan dia tidak layak untuk menjulang gelaran dunia musim ini sekiranya terus melakukan kesilapan seperti itu yang akhirnya gagal mengutip sebarang mata.

Pada saingan tersebut, Leclerc mendahului perlumbaan itu tanpa sebarang tekanan dan secara tiba-tiba dia terbabas di selekoh 11 ketika perlumbaan baru memasuki pusingan ke-18.

Leclerc dikesan melakukan kesilapan ketika mengambil selekoh hingga menyebabkan hilang kawalan bahagian belakang jentera.

“Secara teknikal kami perlu melihat semua insiden tersebut, tetapi saya fikir ia satu kesilapan. Saya mengambil terlalu banyak ruang di luar ketika di selekoh 11 dan mungkin sebab itu saya gagal mengawal jentera.

“Jika saya terus melakukan kesilapan seperti ini, saya tidak layak untuk memenangi kejua­raan,” kata Leclerc.

Akibat insiden tersebut, impian Leclerc untuk bergelar juara keseluruhan musim ini kian rapuh selepas Max Verstappen (Red Bull) melebarkan kemenangan ketujuhnya musim ini.

Lebih mengecewakan ini kali ketiga Leclerc gagal menamatkan perlumbaan sekali gus ketinggalan 63 mata di belakang Verstappen yang mendahului sai­ngan dengan 233 mata setakat ini.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI