fbpx

Tribunal RUU Antigangguan Seksual dijangka siap dalam tempoh setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun pada sesi penerangan RUU AGS Bersama Media di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Penubuhan sepenuhnya tribunal bagi Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual (RUU AGS) dijangka siap dalam tempoh setahun selepas ia diluluskan di Dewan Negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, RUU AGS itu akan dibentangkan ke Dewan Negara pada Ogos ini.

“Akta ini baharu dan bukan akta yang dipinda atau sudah sedia ada, jadi kita mahu bangunkan peraturan dan garis panduan. Dari segi penubuhan tribunal, ia melibatkan jawatan baharu dan memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), agensi dan sebagainya.

“Bagaimanapun menerusi RUU ini, ia boleh dikuatkuasakan mengikut fasa tertentu dan tidak perlu semuanya lengkap baru ia dikuatkuasakan. Kita lihat fasa mana kita perlu dan rasakan untuk dikuatkuasakan contohnya, advokasi iaitu program pemahaman dan kesedaran isu ini kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan RUU AGS Bersama Media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rina berkata, RUU tersebut adalah bersifat sivil dan aduan gangguan seksual diterima di bawah akta itu kelak akan dijalankan melalui prosiding tribunal serta secara tertutup.

Mengulas lanjut, katanya, melalui RUU Antigangguan Seksual, pihaknya mahu meningkatkan aspek kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat bahawa gangguan seksual tidak seharusnya dirasakan normal malah, ia bukan suatu budaya.

“Ramai dalam kalangan wanita bila dibuat kajian, mereka diganggu secara seksual tetapi tidak tampil buat laporan kerana fobia, takut, segan selain bahan pembuktian agak berat.

“Alhamdulillah selepas Input Soal Selidik Awam Microsite RUU AGS 2021 dijalankan, sebanyak 87.5 peratus daripada 416 maklum balas menyatakan akan melaporkan kes gangguan seksual kepada tribunal,” ujarnya.

Pada 20 Julai lalu, RUU AGS 2021 yang dirangka sejak 10 tahun lalu diluluskan di Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga Rina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI