fbpx

Jangan jatuh hukum sendiri, lafaz cerai mesti disahkan di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sebarang lafaz yang menunjukkan lafaz talak di luar mahkamah sangat penting untuk disahkan di Mahkamah Syariah.

Peguam syarie, Nabilah Rahim berkata, hukum bagi lafaz tersebut tidak boleh dibuat sendiri sekali gus perlu segera ke mahkamah untuk pengesahan.

“Sebenarnya apa-apa sahaja lafaz yang menunjukkan lafaz talak seperti ‘aku ceraikan engkau’, ‘aku talakkan kau’, ‘kau bukan lagi isteri aku’ dan lain-lain lagi hendaklah disahkan di Mahkamah Syariah.

“Jadi, tidak perlu buat hukum sendiri jatuh atau pun tidak. Segeralah ke Mahkamah Syariah failkan tuntutan pengesahan lafaz cerai di mahkamah dengan segera,” katanya pada hantaran Facebook.

Dalam pada itu, beliau berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, beliau menerima pelbagai aduan mengenai lafaz talak yang dilafazkan di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah.

“Antaranya seperti ‘jatuh atau tidak talak suami saya lafaz dalam keadaan marah?’ atau ‘sah ke talak suami lafazkan melalui perbualan telefon’.

“Selain itu, ‘suami saya tidak sengaja lafazkan, jadi dia hendak tarik balik sebab sudah insaf’,” ujarnya menceritakan antara pertanyaan diterima.

Mengulas lanjut, Nabilah berkata, antara kesan jika tidak disahkan atau mendiamkan sahaja seperti dikhuatiri suami isteri tersebut bukan pasangan lagi.

“Apabila perceraian tidak direkodkan, maka isteri susah untuk menuntut di Mahkamah Syariah selain isteri tidak boleh berkahwin lain selagi mana tidak diceraikan.

“Paling penting adalah untuk ketenangan dan kebahagiaan rumah tangga,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI