fbpx

Tiga pelancong terkedu bot bawa penumpang tanpa lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bot penumpang ditahan di perairan Mukah Head, Teluk Bahang di sini petang semalam.

GEORGE TOWN – Sebuah bot penumpang ditahan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang semalam gara-gara tidak mempunyai lesen yang sah serta insurans tamat tempoh untuk membawa penumpang.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira pukul 5.25 petang di kedudukan 0.35 kilometer Tanjung Puchat, Mukah Head, Teluk Bahang di sini.

”Bot dikendalikan seorang lelaki warga tempatan itu ditahan semasa sedang membawa tiga pelancong dengan menggunakan nombor pendaftaran PPP 02389 (P).

”Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut membawa penumpang tanpa lesen yang sah serta insurans telah tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bot serta tekong telah ditahan dan dibawa ke APMM Pulau Pinang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah dan insuran tamat tempoh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI