fbpx

Semak sendiri pakej pelancongan dengan hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Persatuan Hotel Malaysia tidak menyedari mengenai kegiatan pakej penipuan hotel mewah yang disasarkan kepada anggota barisan hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yap Lip Seng berkata, pihak hotel hanya akan menawarkan promosi menerusi saluran rasmi seperti laman web dan juga ejen pelancongan berlesen.

“Kami tidak mempunyai sebarang maklumat penipuan seperti ini melibatkan pakej percutian untuk barisan hadapan yang melibatkan agensi dan pengendali pelancongan haram.

“Justeru, pihak persatuan ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pakej pelancongan yang ditawarkan daripada sumber-sumber yang tidak diketahui dan sentiasa semak dengan hotel secara langsung untuk pakej yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! hari ini.

Jelasnya, pihak hotel sentiasa terbuka untuk membantu pelanggan mereka.

Ditanya mengenai langkah untuk membendung penipuan seperti itu, katanya Persatuan Hotel Malaysia akan bekerjasama dengan rakan kongsi mereka, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) untuk menasihati orang ramai selain menerusi ahli-ahli persatuan di seluruh negara. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI