fbpx

Suzuki semakin mencanak di litar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR (belakang) dan Rins menggembirakan kem pasukan Suzuki apabila kedua-duanya menaiki podium tempat kedua dan ketiga pada GP Barcelona di Litar Catalunya kelmarin.

CATALUNYA – Suzuki mula mempamerkan aksi terbaik mereka dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas meraih podium berganda dalam tempoh 13 tahun pada Grand Prix (GP) Barcelona kelmarin.

Pada perlumbaan itu, Joan Mir dan Alex Rins berjaya menamatkan saingan di kedudukan kedua serta ketiga selepas mempamerkan tunggangan cemerlang dengan memintas pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli yang sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Sejak tahun 2007, ini merupakan kali pertama Suzuki kembali menempatkan dua pelumbanya berdiri di atas podium di litar sama. Kali terakhir Suzuki meraih podium berganda pada GP San Marino 2007 yang ketika itu menerusi John Hopkins dan Chris Vermeulen di Litar Misano.

Mir yang meraih tiga podium musim ini dijangka mampu me­lakukan kejutan di Barcelona, namun dia kehilangan beberapa posisi sebelum bangkit meraih kemenangan tempat kedua.

“Saya sangat bangga untuk rakan sepasukan saya, Rins dan Suzuki. Memiliki dua jentera berada di podium merupakan pencapaian terbaik kami musim ini.

“Kami bekerja keras pada tahun ini dan mencuba beberapa pelarasan baharu. Akhirnya kami mampu meraih podium buat Suzuki. Sukar untuk kami jelaskan dan saya gembira dengan keputusan ini,” kata Mir.

Tambahan 20 mata memastikan Mir hampir untuk memburu gelaran dunia MotoGP selepas hanya dipisahkan lapan mata dengan Fabio Quartararo yang menjuarai saingan tersebut. Pelumba Petronas SRT itu kini kembali memimpin carta kedudukan pelumba dengan 108 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI