BAGAN SERAI – Seorang wanita maut manakala sembilan yang lain termasuk seorang kanak-kanak lelaki cedera setelah van dinaiki terbabas di kilometer (KM)178.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan hari ini.
Jurucakap Bomba Perak berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 6.22 petang hari ini.
“Selepas menerima panggilan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai telah bergegas ke lokasi.
“Sebuah van telah terbabas di lokasi kejadian dipercayai akibat tayar pecah hingga mengakibatkan tragedi itu berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, seorang wanita disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala sembilan lagi termasuk seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan.
“Kesemua mangsa tidak tersepit dan rawatan awal telah diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan. Mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE