fbpx

Tiada lagi keperluan MoU persefahaman kedua – Hasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohamad.

PONTIAN – Tiada keperluan untuk meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang berakhir pada 31 Julai ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pembentuan MoU kedua sebagaimana permintaan pemimpin PH tidak harus menjadi pendebatan ketika ini.

Katanya, tujuan MoU adalah untuk membentuk persefahaman antara kerajaan dan semua Ahli Parlimen, bagaimana MoU kedua tidak perlu dilihat sebagai syarat untuk membentuk satu kestabilan politik.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak mempunyai sebarang masalah bagi memenuhi gesaan UMNO agar MoU tersebut tidak disambung selepas 31 Julai ini.

“Walaupun ada permintaan dari sesetengah pihak, namun MoU tidak perlu untuk dilaksanakan lagi setelah tamat perjanjian yang dimeterai sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutup Kembara Basikal sempena sambutan 100 tahun Sekolah Menengah Persendirian Pei Chun, di sini hari ini.

Tambah Hasni yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, meminta semua pihak berhenti “bermain’ politik sebaliknya menumpukan perhatian bagi membangunkan ekonomi negara ketika ini.

“Cukup-cukuplah bermain politik kerana sudah sampai masanya untuk bekerja bagi menyusun semula ekonomi, mana-mana pihak yang meminta MoU disambung semula adalah mempunyai agenda tertentu,” ujarnya.

Sebelum ini, pada 19 Julai lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan keputusan MT UMNO memutuskan tiada lagi lanjutan terhadap MoU di antara kerajaan dan PH.

Memorandum berkenaan mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI