fbpx

Wanita ditahan hina isteri Presiden Indonesia di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah suspek yang menghina Wanita Pertama Indonesia, Iriana Jokowi di laman TikTok. - Nation World News

JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Sulawesi Tenggara ditahan polis selepas memuat naik video di laman TikTok yang menghina Wanita Pertama Indonesia, Iriana Jokowi, lapor laman berita DetikNews semalam.

Dalam klip video tersebut, wanita bertudung coklat dan memakai kaca mata hitam itu melontarkan kata-kata kesat terhadap Iriana.

“Anda sudah tua, Iriana. Sudah busuk.

“Jika berbanding anda dan saya, Jokowi pasti memilih saya,” katanya sambil meludah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Muna, Inspektor Alamsyah Nugraha mengesahkan wanita itu sudah berada dalam tahanan polis.

Namun Alamsyah enggan mendedahkan butiran lanjut dengan alasan siasatan kes masih berjalan.

“Dia telah ditahan selepas video tersebut tular. Maklumat lanjut akan diberitahu selepas pihak polis selesai menyoal siasat motifnya,” ujar Alamsyah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI