fbpx

Bergson Da Silva wira bawa JDT ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON (dua dari kanan) meledak gol kemenangan JDT pada masa kecederaan untuk membantu pasukan itu menewaskan Melaka United sekali gus mara ke separuh akhir.

Oleh AMRAN MULUP

MENTALITI juara dan sikap tidak pernah menyerah menjadi aspek utama kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Melaka United 2-1 di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

Pada aksi tersebut, penyerang utama JDT, Bergson da Silva muncul wira selepas meledak gol kemenangan pada masa kece­deraan selepas saingan terikat 1-1 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri, manakala gol tunggal pa­sukan tuan rumah dilakukan oleh Sony Norde.

Jurulatih kecergasan skuad Harimau Selatan, Jorge Alvarez berkata, sikap barisan pemain memburu jaringan seawal minit pertama selain tidak panik selepas pasukan Melaka menyamakan kedudukan pada penghujung babak kedua wajar dipuji.

“Barisan pemain telah mempamerkan corak permainan yang direncana dengan mencipta ba­nyak peluang jaringan sepanjang perlawanan, walaupun juga me­nerima tentangan sengit pasukan tuan rumah.

“Kita juga tidak panik walaupun mereka menyamakan kedudukan. Inilah mentaliti juara yang cuba diterapkan oleh pasukan untuk memburu gol sehingga wisel penamat ditiupkan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Alvarez juga memuji Bergson yang disifatkan berkelas antarabangsa selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan.

“Semua orang tahu Bergson seorang pemain yang berada dalam kelas tersendiri.

“Ini kerana, dia baru sahaja pulih daripada kecederaan sehingga terpaksa diletakkan di bangku simpanan, namun dia masih mampu memberikan sumba­ngan penting ketika pasukan sangat mengharapkan jaringan kemenangan,” katanya.

Pada aksi separuh akhir nanti, skuad Harimau Selatan dijadualkan bertemu dengan Penang FC untuk slot ke pentas final.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI