fbpx

Tech3 sedia buka pintu terima Oliveira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLIVEIRA kehilangan tempatnya bersama pasukan Red Bull KTM Factory Racing yang membawa masuk Miller untuk musim depan. – AFP

LONDON – Prinsipal Red Bull KTM Tech3, Herve Poncharal mengakui sedia membuka pintu dan menerima semula kepula­ngan bekas pelumbanya, Miguel Oliveira yang kini sedang menghitung nasib untuk kekal dalam saingan MotoGP.

Pelumba Portugal itu hilang tempat bersama pasukan Red Bull KTM Factory Racing selepas pasukan berkenaan membuat keputusan mendapatkan khidmat pelumba Ducati, Jack Miller musim depan.

Justeru, Oliveira dilihat tiada pilihan selain menyertai pasukan Tech3 semula atau menerima ‘pinangan’ pasukan satelit Aprilia iaitu RNF MotoGP Team.

Poncharal yang pernah bekerjasama dengan Oliveira di Tech3 pada 2019-2020 mengakui dia tiada sebarang masalah untuk menerima bekas pelumbanya itu semula.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Oliveira. Ketika di Mugello, saya mendengar kemungkinan dia akan kembali menyertai kami (Tech3) setelah dua tahun bersama pasukan pengeluar KTM.

“Tetapi, saya terima dan faham dengan sebarang keputusan yang akan dibuat Oliveira. Sebagai seorang pelumba, dia (Oliveira) mempunyai hak menentukan kariernya,” kata Poncharal.

Oliveira naik ke kelas MotoGP pada 2019 bersama Tech3 dan berjaya meraih dua kemenangan pada 2020 di Grand Prix (GP) Styria dan GP Portugal.

Tahun pertamanya bersama pasukan pengeluar, Oliveira berjaya melakar satu kemenangan di GP Catalunya dan tahun ini pelumba berusia 27 tahun itu julang kemenangan di GP Indonesia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI