NEW DELHI – Seorang pegawai trafik di India menjadi tular apabila rakaman video menunjukkan dia menghentikan lalu lintas untuk memberi laluan kepada seekor harimau dimuat naik di laman Twitter, lapor laman India Today.
Video itu dikongsi oleh pegawai Perkhidmatan Luar India (IFS), Parveen Kaswan dan menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Dalam video tersebut, anggota polis trafik boleh dilihat menghentikan aliran kenderaan di kedua-dua belah jalan.
Disebabkan campur tangan polis itu yang tepat pada masanya, haiwan itu dapat menyeberang dengan selamat.
Perkara yang paling menakjubkan tentang klip itu ialah bagaimana harimau itu sangat tenang dan semua kenderaan juga menunggunya dengan sabar.
“Isyarat hijau hanya untuk harimau. Lokasi tidak diketahui,” tulis kapsyen video.
Setakat ini, video itu mendapat lebih 86 ribu tontonan. – Agensi