fbpx

Manchester United mengalah, lepaskan Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO ketika ini hanya mempunyai pilihan menyertai Atletico sekiranya berhasrat untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara. – AFP

MANCHESTER – Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United akhirnya mengalah dan bersedia untuk melepaskan penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo, tetapi de­ngan syarat perpindahan tersebut hanya bersifat pinjaman selama semusim.

Sebagai rekod, kontrak Ronaldo bersama The Red Devils akan berakhir pada musim depan, tetapi United masih boleh menggunakan klausa lanjutan kontrak setahun sehingga 2024 sekiranya dipersetujui bekas penyerang Real Madrid itu.

Sebelum ini, Ronaldo telah meluahkan hasrat kepada pe­ngurusan tertinggi United untuk berhijrah pada jendela perpindahan kali ini kerana mahu kekal beraksi pada saingan Liga Juara-Juara berbanding Liga Europa musim depan.

Justeru, pengurusan tertinggi United akhirnya menemui jalan penyelesaian terbaik untuk ke­dua-dua belah pihak dengan melepaskan pemain antarabangsa Portugal itu secara pinjaman dan akan kembali ke Old Trafford musim panas tahun depan.

Situasi tersebut ternyata melegakan Ronaldo dan ejen peri­badinya, Jorge Mendes, tetapi masih perlu berbincang lebih lanjut sebelum membuat keputusan rasmi memandangkan usianya bakal mencecah 39 tahun jika kontrak dilanjutkan pada 2024 nanti.

Buat masa ini, tiada pasukan yang serius untuk mendapatkan khidmat Ronaldo pada jendela perpindahan kali ini meskipun telah dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah seperti Paris Saint-Germain (PSG), Barcelona, Napoli dan Chelsea.

Namun, kesemua kelab terbabit telah mengibarkan ‘bendera putih’ dan tidak lagi berminat untuk menandatangani Ronaldo dengan pasukan La Liga, Atletico Madrid menjadi pilihan tunggal sama ada mahu meneruskan hasrat untuk mendapatkan secara pinjaman atau sebaliknya.

Pengendali baharu United, Erik Ten Hag turut terdesak untuk mengekalkan keharmonian dalam bilik persalinan dan penghijrahan Ronaldo mungkin penyelesaian terbaik untuk masalah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI