fbpx

Lelaki reda isteri meninggal dunia 2 hari selepas berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin semasa majlis perkahwinan mereka pada 17 Julai lalu. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia reda selepas isteri yang baru dua hari dinikahi, meninggal dunia akibat penyakit usus, lapor laman Wolipop, hari ini.

Kisah pilu itu dimuat naik oleh sahabat pasangan pengantin baharu tersebut  di laman TikTok dan menjadi tular.

Arwah pengantin perempuan dikatakan menghidap penyakit gastroesophageal reflux atau GERD yang menyebabkan otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah.

Mereka dikatakan melangsungkan perkahwinan pada 17 Julai lalu sebelum pengantin perempuan menemui ajal pada 19 Julai lalu.

Menurut rakan, pengantin lelaki itu sangat tabah dalam berdepan ujian malah tidak menyalahkan takdir Allah.

“Sejak dahulu lagi, hidupnya penuh ujian. Ibunya meninggal dunia semasa melahirkannya, pada usia 12 tahun, dia  kehilangan nenek yang menjaganya dan kini, isterinya maut selepas dua hari bernikah.

“Saya memuat naik video perkahwinan mereka dengan izin pengantin. Dia seorang yang sangat tenang, ceria dan tidak pernah mengeluh,” kata rakan itu lagi.

Sehingga kini, video itu sudah mencatat  4.2 juta tontonan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI